- MANFAAT TEH HITAM DALAM MIN CHA TEH TARIK
- .
- Kesihatan Mulut
- Sebuah kajian yang dibiayai oleh Tea Trade Health Research Association menunjukkan bahawa teh hitam boleh mengurangkan pembentukan plak serta menghadkan pertumbuhan bakteria yang boleh menyebabkan pembentukan kerosakan gigi. Polifenol yang terdapat dalam teh hitam juga boleh mencegah bakteria yang menyebabkan gigi berlubang.
- .Menurunkan Risiko Diabetes
- Berdasarkan kajian kajian yang dilakukan di Mediterranean, mendapati bahawa orang-orang yang telah mengambil teh hitam secara jangka panjang (kira-kira 1 hingga 2 cawan sehari) mempunyai risiko 70% lebih rendah terkena diabetes.
- .
- Melegakan Tekanan
- Satu kajian menunjukkan bahawa asid amino L-theanine yang terdapat dalam teh hitam boleh membuatkan anda rileks dan lebih fokus. Teh hitam juga telah terbukti dapat mengurangkan tahap hormon tekanan apabila digunakan secara tetap dalam kuantiti yang mencukupi.
- .
- Meningkatkan Daya Tahan Tubuh
- Teh hitam mengandungi antigen alkyline yang dapat membantu meningkatkan sistem imun.Ia juga mengandungi tanin yang mempunyai keupayaan untuk melawan virus, jadi ia dapat membantu tubuh dalam mencegahinfluenza, dan flu.
- MENINGKATKAN TENAGA Tidak seperti kopi atau minuman lain yang mengandungi kafein yang relatif lebih tinggi, kadar yang lebih rendah dalam teh dapat membantu meningkatkan aliran darah ke otak tanpa merangsang jantung secara berlebihan.Ia juga boleh merangsang sistem metabolisme dan pernafasan, serta jantung, dan buah pinggang.
- .
- Kesihatan Kardiovaskular
- Antioksida, seperti flavonoid, yang hadir dalam teh hitam boleh mencegah pengoksidaan kolesterol LDL. Ini boleh menghalang kerosakan pada aliran darah dan dinding arteri, dan boleh mengurangkan risiko penyakit jantung. Polifenol dan mangan hadir dalam teh hitam juga boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari dengan membantu fungsi otot jantung.
- .
- Kolesterol Baik
- Khasiat Teh Hitam yang dikatakan luar biasa adalah kerana ia tidak mengandungi kolesterol jahat. Didalam tubuh minuman ini dikatakan ia mampu meningkatkan kadar kolesterol baik dalam darah.
- .
- Memerangi Pesakit Jantung
- Salah satu khasiat teh hitam adalah memerngi pesakit jantung. Dibandingkan dengan kopi yang mengandungi jumlah kafien yang tinggi. Rendahnya tahap kafien dalam teh hitam meningkatkan pengaliran darah ke otak. Tanpa berisiko merangsang jantung secara berlebihan.
- .
- Anti Penuaan
- Bagi yang ingin melawan tanda-tanda penuaan, anda disarankan meminum 2 cawan teh hitam setiap hari. Teh hitam dipercayai mengandungi sifat anti penuaan. Jadi tidak hairan lah ekstrak teh hitam banyak digunakan dalam sejumlah produk anti penuaan.
No comments:
Post a Comment